Kem Bestari Solat

Nak clear storage hp tiba2 ternampak gambar anak2 masa diorang buat program solat kat tadika. Huhu cute sangat.

Program solat ni diorang buat gabungan dengan dua tadika perpaduan lain, tak ingat la pulak nama tadika lagi dua tu.

Hari sebelum kejadian aichan balik bagitau cikgu suruh pakai baju raya dengan tudung. Budak2 ni mane ade tudung hihi, so lepas ayah balik kerja terus bergegas g mydin cari tudung budak.

Dekat mydin takde pilihan tudung budak so keluar pegi kedai depan mydin. Sebab bukan musim raya kot, 4,5 kedai masuk semua takde tudung budak haha.

Teringat depan husm ade kedai tudung jugak, so pegi situ Alhamdulillah ade tudung budak dan warna pun match dengan baju raya diorang.

Pagi sebelum pegi sekolah snap gambar dulu

Tengahari cikgu pulak hantar gambar masa program

Nampak hana je yang telekung purple. Kakak kat sebelah tak nampak
Aichan antara yang tinggi jugak dalam kelas dia.
Ustaz hipster. Pakai baju melayu patah amin sokmo
Dah sudah program boleh balik

Nak dijadikan cerita, masa nak kemas2 telekung tu, ada kawan terambil tudung aichan masuk dalam bag dia. Hana dah nampak kawan mana yang ambil, tapi dia senyap je.

Aichan dah nangis2 tudung hilang, Cikgu pujuk nanti cikgu carikan. So mase mami pegi amek diorang, cikgu bagitau la tudung hilang dan dia dah whatsapp dekat cikgu tadika lain minta cek dalam beg student masing2.

Masuk kereta hana cakap, “Adik tahu sape yang ambik tudung kakak”

Laaa, kalau adik tahu, kenapa adik tak bagitau cikgu?

“Adik malu”

😂😂😂😂😂😂😂😂

Malam tu cikgu takde update ape2 pun, so mami sekadar nak berbudi bahasa, tanyalah dekat grup parents, ade sape2 terambik tudung aichan tak, padahal dah tahu haha.

Then, mak kepada budak yang terambik tu pun reply ada dalam beg anak dia ni. Dia pun baru perasan lepas kite tanya tu. Esoknya, budak yang terambik tudung tu bawak tudung aichan dan pulangkan.

Semua dah happy. Pastu pesan dekat hana, kalau adik tahu ape2 kena bagitau cikgu, dia cakap taknak bagitau, adik malu.

Hahahha sukahati mu lah anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge