Kisah epic boleh buat buku biografi

 8 tahun lalu adik saya(satu2nya adik laki yang saya ada) quit matrikulasi sebab nak join airforce, tapi malangnya dia gagal dalam sesi interview. So, dengan pilihan yang terhad, dia try apply navy. Alhamdulillah dia dapat navy. Katenya “Aku masuk navy dulu kak, dari navy nak usaha masuk airforce. Aku nak gak airforce”
Camne saya boleh ingat ayat die ni? Sebab saya ada tulis cerita ni 8 tahun lalu hahaha. (terima kasih blog tolong simpan memori semasa berumur 22 tahun)

Fariq ni bijak orangnya. Straight A UPSR, budak MRSM, straight A PMR, dan kehidupan cemerlang di zaman sekolah menengahnya. 2 semester di matrikulasi pun result dia not bad. Lebih dari 3.5. Dia berenti belajar bukan kerana dia takboleh bawak, tapi minat mendalam dia untuk masuk airforce (to be exact, dia nak jadi pilot) mengatasi segalanya. Tapi takde rezeki dia dalam airforce masa tu, terpaksalah dia masuk navy hewhew.

Maka bermulalah pahit manis masam tawar dia sebagai tentera laut diraja Malaysia. Pahit masam tawar dia sendiri yang simpan, saya nampak yang manis je sebab dengan jadi navy dia boleh pergi macam2 negara tau tak. Jeles hoo. Tapi hanya die je lah tahu boring gilo dok atas kapal berbulan hahah. Yang saya tahu, bila die turun kapal, ada la hadiah2 kecil yang kami dapat. heheh

Habis komitmen atas kapal, dia keje di UPM as ???. Entah xtau, macam jurulatih bebudak kadet laut UPM. Haha sukehati akak je describe keje dia :p. Walaupun dia bagi 100% komitmen terhadap career dia ni, saya dapat rasa dia tak berapa gembira sangat. Macam takde kepuasan hidup je.

Dia pernah join kursus diver tapi takde rezeki, taksempat habis kursus dipanggil untuk pegang position as adc (Juruiring ialah sebutan rasmi ketenteraan atau dikenali dalam bahasa pasar anggota perkhidmatan sebagai Adikung (Bahasa Perancis:aide-de-camp atau singkatannya ADC bermakna asisten kem), adalah seorang pembantu peribadi ataupun setiausaha kepada seseorang yang berpangkat tinggi)<–copy maksud adc dalam wikipedia. Dia jadi adc panglima tentera laut la pulak. Nampak macam gah tak jadi juruiring orang no 1 dalam tldm?

Hebat owhh ayah cu kite.

Nasib baik la tugas ADC ni sekejap je(kejap pun makan tahun jugak la) so beberapa bulan lepas fariq dah break dengan ptl. Sejak dia dah tak jadi adc ptl dia nampak macam terumbang ambing je hahaha. Tapi bizi gilo keje ape ntah dia buat akak xtau. Alih2 haritu die betau kami adik beradik yang dia dah apply untuk pengambilan pilot navy.

Hampir 8 tahun berlalu rupanya ayah cu masih simpan cita2 die nak jadi pilot. Tak putus asa sampai ke saat2 akhir dia cuba. Mengikut limit umur, tahun ni tahun terakhir dia boleh cuba nasib. Hebat adik saya ni. 8 tahun dulu di usia 19 tahun dia dah berani bertindak di luar comfort zone seorang remaja. Di kala kawan2 sebaya ikut flow biasa masuk u buat degree cari keje ikut kelayakan, dia pilih jalan luar biasa. Dia berani korbankan keseronokan jadi remaja biasa untuk cita2 dia. Dan walaupun 8 tahun lalu cita2 dia tak tercapai, dia masih tak putus asa.

Walaupun “tak habis belajar” macam adik beradik lain, dia lebih berjaya berbanding kami(saya), di usia 27 dia sudah ada rumah sendiri. (Btw, dalam kesibukan kerja dia berjaya dapat diploma secara pjj)

Ayah cu, apa pun keputusan temuduga ni, kami sentiasa sokong ayah cu. Macam mana kami support keputusan ayah cu 8 tahun lalu, macam tu juga lah sokongan kami kepada ayah cu hari ni dan sampai bila2. Ayah cu memang extraordinary, insyaAllah ayah cu akan berjaya dalam apa2 jalan yang ayah cu pilih nanti.

ps : Semoga 8 tahun lagi bila fariq capai kejayaan yang lebih besar, saya akan tulis lagi cerita dia dan linkkan entry ini haha. kalau umur panjang dan blog ni masih wujud la hihihi.

0 comments

  1. Nampak sanagt Fariq memang budak yg punya wawasan tinggi. Cerdik dari zaman kanak-kanaknya terbawa hingga remaja dan dewasa. Siapa yg jadi isteri dan anak-anaknya beruntung punya lelaki yg berwawasan tinggi.. bijak mengatur strategi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge