Malam je demam

Sejak hujung minggu lepas, Hana asek demam malam. Siang aktif je, bila malam je, merengek2. Semalam ayah nak bukak puasa pun tak tenang. Dari maghrib lagi dah meragam.

Tengah malam temperature tinggi gak. Tapi masalahnye dia taknak makan ubat. Taknak dituam. Ape pun taknak.

Semalam dari maghrib sampai pukul 3 dia dok merengek. Mula2 kami layankan aje dia taknak itu ini. Tapi badan makin panas, xleh jadi ni, mami lap je badannya dengan air sejuk. Dia dok meraung taknak pun, mami lapkan juga sampai basah baju haha. Alhamdulillah lepas tu baru boleh tidur sampai pagi.

Harini ayah amek cuti half day. Nak bawak pegi klinik. Asek demam je kan. Takut2 ada jangkitan denggi ke ape. Risau jugak huu..

hana o hana

update :

Dah pegi klinik td. Doktor kata tonsil hana bengkak. Bile tonsil bengkak, dia boleh rasa sakit sendi jugak. Sbab tu la hana selalu mengadu sakit kaki, sakit tangan. Doktor dah bagi ubat, cabarannya nak bagi dia makan ubat la ni haha..

Anda cari info pasal CMD ke? Klik logo Vitamins’R’Us kat bawah ni ye.

Yang nak tau pasal emas powergold, boleh klik banner Gold’R’Us kat bawah.

Nak tanya ape2, boleh direct whatsapp/sms saya di 017 9191 671 ye. Sedia membantu ☺

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge