Masakan boleh bertahan selama ini

Khabarnya(amboii perkataan haha) ramai blogger yang ada masalah entry tak naik dekat bloglist kawan2 blogger lain. Kalau naik pun, selepas beberapa jam entry published.

Saya pernah mengalami kejadian macam ni tahun 2014 dulu. Saya pnah tulis entry pasal ni haha. Macam2 troubleshoot kita buat, tapi tetap x jadi jugak. Last2, dah tak tahu nak buat ape, sampai saya create blog lain. Ye betul, saya create blog lain tau hihu.

Mase tu stress sangat rase sebab bila kita buat blog baru, semua akan start dari kosong balik. Entries je la yang boleh diimport masuk ke blog. Yang lain2 macam follower, widget, blog stats, dan blog yang kita follow, semuanya start dari kosong. Nak mengumpulnya balik mmg phewww lah.

Bila saya start bisnes online, saya lambakkan iklan2 bisnes saya kat dalam ni. Jadi expectation untuk Jalan2 Kehidupan muncul dalam bloglist rakan2 tu adalah tinggi. Bila jadi masalah macam ni, saya stress. Blog tak muncul, camane nak jual dirii!!! katenya hikhik..

Bila stress, mulalah rasa malas nak update blog, terfikir2 nak cari medium lain, merajuk lah kononnya dengan blogger hihi. Mane nak naikkan rank blog, mane nak tambah follower, semua jadi modal nak tambah stress hahaha.

Masa tu saya tersedar saya dah mistreated Jalan2 Kehidupan. Sebelum berbisnes saya happy je update blog ikut suka hati saya. Kadang2 seminggu satu entry, sebulan satu entry, kadang2 sehari 5 entries pun ada. Bila buat bisnes, saya pushed diri untuk wajib update tiap2 hari sampai saya stress. Bila stress, saya tinggalkan blog selama berbulan2 hahahaha. Memang tak patut.

Lepas tu saya mula kurangkan diri menulis pasal bisnes dekat Jalan2 Kehidupan. Style penulisan pun kembali macam dulu, sukahati bila nak update, (sukahati juga bila malas update hihi).

Alhamdulillah saya makin tenang. Ada rakan2 nak masuk baca saya alu2kan. Yang tinggalkan komen, saya hargai dengan kunjung balik blog korang. Kalau takde orang baca, takde komen pun, saya tetap menulis juga ape yang saya suka.

Kalau saya pentingkan blog stats, follower, komen dan sebagainya, masakan boleh saya bertahan “sembang kosong seorang diri” kat sini selama 10 tahun setengah huhu

~Btw, kalau ada rakan2 yang nak create blog baru and import entries lame ke dalam blog baru, saya ada tulis tutorial pasal tu. search dengan keyword “how to”. Carilah~

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge