Mengalah demi mu anak

Saya memang dah lame sangat tak makan panadol. Dulu sejak membesar tahap doc dah tak prescribe pcm syrup kalau demam (maknanya dah tahap remaja kena makan panadol bentuk pil la), tiap kali demam umi akan hancurkan panadol tu bagi saya makan. Kalau makan sebiji nanti pill tak pegi, melekat dekat tekak hahaha.

Sejak masuk asrama, umur 13 tahun,  kalau demam sakit kepala, saya bertahan je sebab tak reti makan ubat. Saya mandi dan tidur. Bila bangun tidur insyaAllah sakit kepala dah hilang. Sejak dari itu juga la saya tak makan panadol. Bape belas tahun dah huhuh..

Semalam saya sakit kepala sangat2. Tapi aqil meragam menangis macam hape je. Taknak tidur dan nak berdukung. Ayahnye dukung pun taknak, nak mamiiii jugak haiaahh.

Dah taktahan sangat, nak tidur pun takboleh, terpaksalah telan sebiji panadol actifast en suami punya. Hmmm, setelah beberapa tahun hikhik.. Dan nasib baik selama ni saya dok telan vit C yang besar tu, jd okei2 je panadol boleh telan dengan baik. Kalau melekat dekat tekak smalam, mahu tambah stress hihi..

~Diserang sakit bertimpa2 ni buat saya fikir, dah jadi ibu ni, nak taknak memang kena sentiasa sihat. No matter what~

Ya Allah, semoga beri kesihatan sentiasa pada kami sekeluarga, Aminn.

0 comments

  1. betul tu,kadang biar kita sentiasa sihat, tapi bila tengok anak2 yang tak sihat rasanya biarlah kita yang gantikan tempat dorang menanggung segala kesakitan..kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge