Meroyan

Tahun 2015 aku “cuti” lama dari dunia blogging dan fb. Bukan sebab aku malas, tapi aku taknak ape yang aku alami masa tu terlihat pada tulisan aku. Korang mesti tahu akibat menulis dalam emosi tak stabil. Orang boleh “baca” emosi kita masa tu. So, aku takde tulis yang serius2 just update aktiviti anak2 je.

Di saat aku dah waras dan dah tak terbawa2 emosi lalu, aku nak confess satu benda (ala2 iium confession gitu haha), masa aku pregnantkan Aqil, aku mengalami prenatal depression yang agak teruk.

Meroyan ketika hamil.

Mesti korang ingat meroyan ni datang lepas beranak je kan? Tak ye. Meroyan boleh datang semasa mengandung jugak.

Punca aku kemurungan sangat adalah masa tu aku rasa suami aku totally tak faham how to layan isteri mengandung.

Anak menangis nak susu badan, aku tak larat nak bagi, aku kena marah.
Aku jaga anak seharian, nak tidur sakit pinggang, sikit pun tak tanya khabar.

Paling aku ingat, di saat aku sarat 8 bulan hamil, nak berdiri basuh pinggan lepas dinner pun lenguh kaki kena rest 2,3 kali, boleh pula dia beli ikan bilis segar sekilo setengah. Menangis2 aku siang ikan sebab sakit kaki dan sakit hati.

Memang aku penat sangat mengandung aqil, dengan hb low gile sampai doktor berkali2 warning bahaya untuk aku dan anak, tapi suami aku tak tahu pun. Err ni salah aku, aku jadi tak berminat nak share tentang progress pregnancy dekat suami, so literally dia taktahu pun condition aku masa hamil tu.

Aku yang tak cerita, pastu aku nak meroyan2 kata dia tak amek berat pun. Kahkah tah pape entah.

Salah aku masa tu sebab aku pendam je perasaan. Aku pendam juga masalah kesihatan aku masa hamil. Aku pendam kepenatan aku. Paling teruk aku cuba pendam masalah kemurungan aku.

Aku jadi pendiam yang sangat pendiam. Dengan anak2 pun aku tak bercakap. Dengan suami apetah lagi. Kadang2 aku tak berbual dengan sapa2 sampai seminggu. Aku macam hilang dalam dunia sendiri.

Sesekali aku terlepas juga status di facebook tentang kemurungan aku, tapi at the end, suami marah aku balik.
Jadi untuk elakkan aku “merapu” dan memburukkan keadaan, aku senyap dari dunia fb dan blog.

Aku taktau nak mengadu pada sape. Aku tak cerita pada sape2 even mak ayah aku. Tapi masa tu aku sangat2 takut kemurungan aku tu terbawa2 sampai lepas beranak.

Kebanyakkan kes meroyan lepas beranak sebenarnya bermula dari prenatal depression. Aku pernah tengok kes ibu bunuh diri sebab meroyan. Mase tu juga aku baca macam2 cerita tak best pasal ibu meroyan. Aku takut sangat2.

Boleh dikatakan tiap2 malam aku menangis bila nak tidur. Tiap kali solat aku doa janganlah jadi ape2 dekat anak aku akibat dari aku dok menangis tiap2 hari.

One day, aku tulis emel sri siantan mengadu dekat kak D. Taktau lah kenapa tapi masa tu aku ternampak dia je. Style kak D, dia tak reply personally dekat kau, tapi dia reply dengan satu entry dekat blog.

Beberapa lama lepas tu aku terbaca entry blog dia (aku try retrieve balik tapi tak jumpa entry asal). Baru2 ni kak D ade update entry baru, isi dia hampir sama dengan isi entry yang bagi aku hidayah tu dulu.

Aku requote tulisan kak D

Seorang ustaz pernah kata “Apa saja perkara buruk yang menimpa orang lain yang memberi kesan kepada kita, kita perlu bertaubat”.

Maknanya, apa saja benda yang berlaku pada orang lain tapi perkara tu membuatkan kita terganggu, maknanya kita yang kena banyak buat solat taubat.

Sebab, apabila kita merasa disturbed oleh sesuatu, itu sebenarnya satu ujian Allah untuk kita. Datangnya tak secara direct pada kita tapi tempiasnya ada.

Aku rasa aku pernah tulis kot kat blog sebelum ni, tentang sorang lelaki yang tanya soalan kat ustaz dalam satu ceramah. Dia tanya “Macamana nak tegur bapak mertua yang tak solat?”

Ustaz tu jawab “Awak perlu bertaubat”.

DANG!!!!!
Boleh bayangkan tak cuak muka laki tu? Mesti dia kata dah kenapa aku lak yang kena ni? Semua yang dengar ceramah tu pun terperanjat.

Ustaz kata, apa benda yang berlaku di sekeliling kita yang menggangu kita, itu adalah ujian Allah untuk kita juga. Kalau tak, kenapa kita nak terasa terganggu?

Kita tak mampu nak ubah orang lain. Kita hanya boleh ubah diri sendiri. Bila kita ubah diri, persekitaran akan turut berubah sama. Orang akan berubah bila kita berubah.

Aku terus sedar, inilah jawapan yang aku cari selama ni.

Of coz dalam fikiran aku mase tu aku rasa suami aku “tak ambil berat dan tak menghargai”. Separuh ego aku mestilah nak ubah dia, tapi lepas baca tulisan kak D, aku amek keputusan untuk cuba amalkan solat taubat.

Bila aku dah boleh solat lepas beranak aqil, aku mula amalkan solat taubat lepas isyak. Jujurnya, aku tak expect result yang spesifik pun dari solat taubat tu. Lepas solat aku takde lah berdoa “ya Allah kau lembutkan hati suami aku agar dia pandai menghargai aku” walaupun itu harapan sebenar aku. Ye aku tak doa macam tu pun haha. Aku minta Allah ampunkan dosa aku dan suami je.

Tapi Allah Maha Tahu ape yang aku perlukan sebenarnya. Sejak amalkan solat taubat, Allah tak ubah suami aku, tapi Allah ubah aku. Ye aku yang berubah.

Suami aku masih macam dulu. Masih merokok walaupun aku tak suka. Kalau dulu dia merokok, aku boleh tarik muka dan mulakan silent treatment. Sekarang aku lebih berlapang dada dan bagitau dia busuk. Bukanlah kata aku boleh terima dia merokok, tapi aku dah boleh bagitau secara terbuka yang aku tak suka. Semoga suami aku dapat hidayah untuk berenti merokok.

Suami aku masih macam dulu. Kalau aku tak mengemas rumah, dia sikit pun tak tolong sapukan. Kadang2 aku penat kemas rumah. Tapi memikirkan suami tak pernah marahkan aku pun pasal rumah bersepah, anak2 dia juga yang sepahkan haha, so aku lebih tenang jalani hidup seharian. Hari tenaga aku lebih sikit, aku mop lah lantai. Hari aku tak berapa rajin, aku biar je lah lantai melekit 2,3 hari.

Alhamdulillah seiring dengan umur aqil, hubungan aku dan suami jadi lebih harmoni. Aku dah tak bermasam muka lama2 lebih dari sejam dan kurang memendam perasaan. Dan aku lebih berlapang dada dengan cabaran hidup (wahh cabaran hidup katanya).

Aku juga lebih nampak sumbangan suami aku dalam rumah ni. Yelah dulu aku rase nampak akuuuu je yang buat kerja. Padahal dari dulu sampai sekarang suami yang buatkan susu anak2. Suami yang mandikan anak2. Btw, satu peningkatan, suami aku adalah beberapa kali tolong siangkan ikan haha.

Ye, rutin kerja kami suami isteri tak berubah pun, tapi sekarang aku melihat dari sudut yang berbeza dan lebih berlapang dada, jadi kehidupan kami lebih tenang.

Aku tulis ala2 iium confession harini sebab aku nak share dengan korang betapa ajaibnya kesan solat taubat kepada aku. Hubungan aku dan suami jadi lebih tenang dan bahagia.

Macam Ustaz kata, apa benda yang berlaku di sekeliling kita yang menggangu kita, itu adalah ujian Allah untuk kita juga.

Walaupun kita nampak itu macam salah orang lain, tapi sebab kite terkesan, tak puasa hati, dan tak tenang dengan keadaan itu, itu sebenarnya adalah ujian Allah untuk kita. Maka, kita yang kena bertaubat.

Allah akan ubah kita, dan moga berkat dari perubahan kita, orang sekeliling kita turut berubah ke arah yang lebih baik.

Ko ada masalah rasa tak puas hati asek nak menjeruk perasaan? Bertaubatlah.

Btw, aku mentor bisnes nasihatkanku agar separatekan blog vitamin dan blog personal. So, sebagai anak buah yang tulus dan jujur, aku create blog vitamin aku kat sini, korang nak cari info pasal vitamin shaklee, klik sini ye. Blog aku nama Kurus, Mulus, Tulus, sempena impian aku lagi 10 tahun. Hikss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge