Minggu sakit sedunia

Hari jumaat lepas abewang sakit mata hihi (uppss gelak pulak). Maka demi taknak jangkitkan anak dan isteri tersayang, kami dieksport balik kampung. Kebetulan sekolah cuti so kita balik bergoyang kaki kat kampung bujuk.

Hari jumaat tu jugak sebenarnya tokpa nak datang rumah kite hantar bubur asyura dan rambutan. Malang tak berbau, mase dok kait moktam tu, tercucuk buluh dekat kekura kaki pulak. Berlubang kaki tokpa.

Rambutan ni kite kait sendiri huhu

Semalam pukul 9 hana start muntah2. Taktahu lah salah makan ape. Badan panas sikit. Sambil tidur tiba2 dia tercirit. Nak angkat basuh pun takut dia meragam, so lapik je la dengan lapik getah.

Pukul 11 aqil pulak start muntah. Badan aqil panas so before masuk tidur bagi telan pcm dulu. Aqil tak lena tidur sampai pagi. Tidur kejap2 je.

Pukul 3 hana bangun minta air. Bagi dia telan pcm sekali dan basuh yang dia tercirit. Hahha kering kat bontot sebaik tak melecet bontot adik😅

Lepas tu hana tidur lena sampai pagi. Aqil pulak dok merengek setiap 30 minit sampaiiii sekarang. Start subuh tadi dia pun dah cirit birit jugak.

Melepet.. Hmmm mami pun pening tak tidur. Jom kita tintong bersama2 ye aqil.

Nak buka fb pun takde mood. Kalau buka pun blurr jugak xde idea nak karang iklan ape. Tak update fb, kuranglah engagement. Kurang engagement payah lah sales nak masuk.

Hehe itulah yang sifir yang peniaga online percaya.

Tapi satni saya dok belek2 buku dekat almari nenek ni. Jumpa buku murahnya rezeki isteri tulisan ustaz kazim. Baru baca sikit, tapi banyak dah yang menyentapkan hati.

Kita selalu rasa usaha kita yang menyebabkan sales masuk. Kita rasa orang nak beli barang kita jual sebab tergoda dengan iklan kita. Bila tak sempat buat iklan, kita dah tak senang duduk risau sales jatuh.

Bila baca tulisan ustaz kazim ni, fuhh sentap. Rezeki itu rahsia Allah. Dia yang pegang hati manusia nak beli dari kita asbab apa. Iklan hanyalah usaha kita, dan tak semestinya Allah balas sales asbab dari iklan tu. Mungkin Allah balas sales hasil dari usaha kita rajin lipat baju atau rajin mop lantai.

Tapi tak bermakna juga kita takpayah buat iklan sebab itu salah satu usaha yang kita kena buat as orang bisnes online.

Apa yang kita kena tanam dalam hati dan akal ialah, iklan, marketing adalah usaha kita, tapi tak semestinya rezeki (sales) yang masuk tu hasil dari usaha kita tadi. Allah Maha Memberi. Dia takperlu asbab untuk memberi kepada hambanya.

Promo ESP buy 4 less 5% tinggal 15 hari lagi tau. Jangan ketinggalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge