Nikmat yang ditarik

mami anak 3 

Kelahiran aichan
Masa mengandung lagi memang tak tahan dengan bau2an. Tak kisah lah wangi atau busuk. Mami akan sakit kepala teruk. Perfume2 yang selama ni jadi bau favourite pun terpaksa letak jauh2.

Ingatkan lepas bersalin okei lah, rupanya makin teruk. Syampu yang baunya lekat lama macam head n shoulder, dove semua takleh pakai. Sakit kepala selagi bau tu tak hilang huhu.

Bukan mami sorang yang tak berwangi2, dengan ayah sekali takboleh berwangi2 hahah. Berbusuk2 lagi lah tak boleh. Kalau nak ke mana2 dengan kereta, sila jangan pakai perfume ye. Perjalanan 15minit pun boleh buat mami muntah ye.

Kelahiran hana
Mami dikira penggemar nescafe tegar jugak la. Bayangkan zaman sekolah dulu mami boleh ratah nescaffe 3in1 yang dalam stick tu macam ratah milo huhu. Sambil2 study, ratah serbuk nescaffe haha. Tiap2 pagi wajib minum nescaffe.

Lepas hana lahir, dah jadi takboleh minum nescafe. Bila minum kepala jadi berat dan rasa terawang2an je. Rasa pressure di area dahi. Dah la kesannya lama. Minum pagi, sampai petang masih rasa kepala berat. Nak buat pape pun takde mood tau kalau rasa camtu.

Kelahiran aqil
Perut mami boleh kata agak tough la. Lek2 je makan asam ke, mangga masam ke. Kadang2 time orang kena food poisoning, mami tak kena tau walaupun makan benda sama.

Lepas bersalinkan aqil, mami kerap sangat sakit perut dan kena cirit birit. Dalam umur aqil 5 bulan, dah banyak kali kena cirit birit tau. Sebelum ni lekks je makan mangga jeruk nenek buat, sekarang, makan 2,3 keping pun tak boleh.

Makan pedas? Hmmm memang langsung tak boleh lah. Sensitif sangat perut ni sekarang.

Itulah antara 3 nikmat yang ditarik setiap kali dapat anak. Nanti kalau masih ada rezeki dapat anak lagi, ape lagi nikmat2 yang ditarik agaknya huhu. Takpelah, pengorbanan ibu ni kan balasannya pahala. ☺

Anda cari info pasal CMD ke? Klik logo Vitamins’R’Us kat bawah ni ye.

Yang nak tau pasal emas powergold, boleh klik banner Gold’R’Us kat bawah.

Nak tanya ape2, boleh direct whatsapp/sms saya di 017 9191 671 ye. Sedia membantu ☺

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge