Pembawakan budak

Umi kata kalau ada penyakit atau ketidak normalan tubuh masa preggy,
tu orang tua panggil pembawakan budak.
Saya memang ada satu pembawakan budak yang sama tiap kali hamil,
iaitu tumbuh ketumbuhan kecil pada gusi.
kalau medic term dia panggil PYOGENIC GRANULOMA..
Di tempat yang sama, tapi sifat yang berlainan.

Saya pun x pernah tengok sendiri exactly camane bentuk ketumbuhan tu. Tapi bila rasa dengan lidah, bayangan saya adalah macam dalam gambar tu. Dia tumbuh di gusi sebelah atas, di ruang antara gigi tu. Rasa dia macam benda bertangkai tergantung dekat gusi. bila lidah tersentuh “buah” dia, x rasa ape2. tp kalau tersentuh “tangkai” rasa sengal berdenyut dan boleh sebabkan bleeding.

Kehamilan satu (aichan)
Tumbuh di awal kehamilan. Tak sakit langsung tapi tak selesa bila terasa2 ada something dkat gusi. Selalu tolak2 dengan lidah. Bila tertolak dengan kuat, benda tu akan bleeding.
Pernah sekali saya geram, saya tolak2 dengan lidah sampai daging kecik tu terputus. Bleeding lama gileeee, end up terpaksa pegi ER HUSM takut mati berdarah hahahah..
Tapi lepas tu benda tu muncul balik. Dekat due saya pegi klinik gigi buat minor operation buang.
Lepas beranak, x muncul2 dah sampailah ngandungkan hana pulak.

Kehamilan 2 (hana)
Pun tumbuh di awal kehamilan, dan di tempat yang sama. Tapi kali ni sifat dia sangat lembut, mudah putus, dan of course sangat mudah bleeding. Tolak2 dengan lidah pun boleh putus tau. Pastu nnt dia tumbuh balik.
Sebab dah ada pengalaman, saya tak risau sangat hihi.. Cuma agak rimas sbab dia mudah bleeding. Tengah makan pun boleh bleeding.
Sebab tu la kot masa preggykan hana, saya alami msalah low hb yang agak teruk, darah habis keluar kot mulut hahaha

Kehamilan 3 (baby)
Kemunculannya sangat lambat di minggu 26. Tapi membesar dgn aggresif. Sifatnya kali ni agak berbeza.
Keras, dan menyakitkan. Ada rasa berdenyut pada gusi dan sampai ke pipi. Kalau tolak2 dengan lidah pun rasa sengal2.
Berkira2 nak buang dekat klinik gigi ke tak, sebab sbelum buang dia bius dulu. Acik is seram dengan jarum nak bius dalam mulut tu hahaha..
Due lagi 2 bulan. Kalau tengok dgn keaggresifan dia membesar, dan sifatnya yang menyakitkan ni, rase mcm risau jugak..
Hmmm.. kite try alternatif lain dulu. Pagi2 sapu dengan CMD, kot2 dia boleh surut sendiri insyaAllah.

huuu ..korang ada pengalaman pembawakan budak tak?

imm,
12/11/2015
21:09

#update

Memang ketumbuhan tu xde tanda nak surut pun,,sengal pulak tu,,
maka harini(21/12/2016) kita pegi klinik gigi lati,,
dia tengok2 saje dan bagi appoinment untuk buang,,
harini xleh buang sebab doctor pakar takde,,
cara buang guna electronic tools apentah,,
acik x sempat nak tangkap ape doktor tu cakap hahaha,,
kalau potong dgn pisau nnt bleedingnya laameee,,
okei itu mmg acik tau,,tak sanggup
kang xpasal mati sebab kehilangan darah pulak acik..
jadi, kita datang next appoinment 29hb kang,,
iols nak kena operate yaww,,
berdebar pulak dengan pekataan operate tu hihihi..

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge