Pengetahuan am : BETSUBARA 別腹 PERUT SIMPANAN

Masa study dulu kelas saya memang ramai budak perempuan,,
walaupun saya hanya pakai jeans n jersey bola(kadang2 jersey harimau malaya) n converse,,
tapi bile dikelilingi budak2 pompuan ini,,
saya familiar la jugak dengan topik perbualan budak pompuan,,
“oshare ha itai” “beauty is pain”
topik diet, topik barang branded,,
(ade budak name aya bawak handbag prada, handkerchief chanel g kelas weii)
topik paling saya suke sbb ade unsur penyelidikan ialah BETSUBARA haaa
ayat yang budak diet slalu sebut

Aya chan : onaka ippai datta ga, keeki wo tamaranakute, tabechatta
(perut dah penuh, x tahan tengok kek, termakan jugak)
Kawan2 :BETSUBARA DA NE!!!
(perut simpanan tuuu!!!!)

BETSUBARA keadaan apabila saya sebenarnya telah kekenyangan, dah rasa nak terjeluak jika saya meneruskan makan lagi NAMUN apabila dihidangkan dengan makanan kegemaran, makanan manis seperti kek dan pencuci mulut, saya tetap juga makan makanan tersebut.

Penyelidikan (tidak disahkan dengan bukti saintifik) mengatakan BETSUBARA terjadi apabila otak berjaya memperdayakan perut bahawa masih ada ruang yang boleh diisi oleh makanan tersebut. Ruang inilah yang dipanggil perut simpanan. Terdapat juga penyelidik berpendapat, apabila mata melihat makanan manis, cantik, nampak sedap, otak akan mengarahkan rembesan sejenis hormon yang berupaya menolak makanan yang telah dimakan ke dalam usus kecil dengan segera, untuk memberi ruang kepada makanan tersebut.

BETSUBARA selalunya terjadi apabila individu melihat makanan yang dipersembahkan dengan cantik dan kelihatan sedap. Boleh juga terjadi apabila individu tersebut dihidangkan dengan makanan kegemarannya. Jadi tak hairan lah jika pihak restoran menghidangkan pencuci mulut yang dihias cantik dan mengecurkan air liur di akhir hidangan, pasti akan dimakan juga oleh pelanggan yang sudah kekenyangan.

wahh tengok gamba pun tertelan-telan ailio, kalu dok depan mate
haruslah mokcik ngap juga kan..kekekek

BETSUBARA KEBANYAKAN TERJADI KEPADA WANITA hahahaha
(Tak hairan jugalah walaupun saya sudah rase nak terjeluak makan macam2, saya tetap hadap tart nenas sebalang)
((pastu perut berlipat-lipat mengah, baru nak menyesal sikit))

REALITINYA, manusia tidak mempunyai perut asing atau bercomparment macam haiwan hervivor, tetapi mempunyai keupayaan untuk mengembang. Jika anda mengamalkan makan berlebihan pada setiap hari, perut tidak berpeluang untuk kembali ke bentuk asal dan pengembangan akan menjadi kekal. Ditambah pula dengan lemak berlebihan dari makanan manis dan pencuci mulut cantik yang anda makan, anda akan menghadapi masalah besar untuk mendapatkan pinggang langsing perut kempis.

Rakan2 ada yang macam saya? Layan betsubara setahun sekali musim raya takpe kot(kekeke sedapkan hati sendiri). Tapi jangan la terpedaya dengan betsubara tiap2 hari. Lagipun betsubara ni terjadi atas tuntutan nafsu makan kan. Jom kite jangan makan ikut nafsu. Nak perut kempis kan?

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge