Penimbang berat baru.

Pun nak jadi entry blog ke? Hahahha biarlah.
Sejarah 32 tahun hidup, kak imm tak pernah beli penimbang berat hehe. Penimbang lame abewang ni pun dah rosak, so memang jaranglah kak imm timbang berat.

Kadang2 plan nak timbang syiling dekat mydin, tapi banyak kali lah bernasib malang dengan timbang syiling tu. Issk.

Sejak lepas raya haji ritu kak imm kan dah start diet. Terpaksalah menimbang berat tiap2 pagi dengan penimbang klasik abewang tu. Kak imm tahu penimbang tu ada ralat. Tapi taktau ralatnya sebanyak mana.

1st weight kak imm timbang pada 6/9/17 ialah 56.8kg. Memang elok je dia tunjuk penurunan berat kak imm tiap2 hari. Sabar jelah guna sambil dok mengecek abewang beli penimbang baru.

Setelah sebulan kak imm berdiet, dah turun lebih 5 kilo, akhirnya abewang hadiahkan penimbang digital baru. Hewhew.

Debar2 kite 1st time nak timbang. Pagi 5/10 penimbang klasik tunjuk berat kite 51.8kg.

Korang rasa berat sebenar kite lagi tinggi? rendah? atau maintain?

.
.
.
.

kurus, set kurus shaklee
makin berat dowhh😭😭

Rupanya selama ini iols kena tipu dengan penimbang klasik tu. Kalau 500gram boleh la aku terima, ni sampai 2 kilo hahahha.

Maknanya lagi 6.9 kilo nak capai target 47 kilo.

Cisss kak imm is kecewa! Tapi, kekecewaan ini bakal kujadikan batu loncatan untuk bangkit lebih bergaya.

Lepas kena tipu dengan penimbang klasik, akhirnya kak imm ade kekuatan nak mula bersenam.

set kurus shaklee, kurus, bersenam
beria ko flat lay kan

Pagi tadi kite dah bersenam tau dengan lompatan 50 kali. Bangga2 tepuk2 bahu sendiri.

Selain jaga makan, kurangkan nasi, kurangkan air manis, kak imm amek supplement shaklee jugak tau. Amek set kurus basic iaitu ESP+Lecithin+Herblax.

Jom kita kurus bersama2 demi kesihatan sejagat. Ewah kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge