Perbezaan antara MAKANAN PROSES dan PEMPROSESAN MAKANAN

Semua sumber makanan dari haiwan, mahupun tumbuhan, sebelum boleh dimakan, ia perlu melalui pelbagai peringkat PEMPROSESAN MAKANAN.
Banyak langkah pemprosesan makanan samada secara fizikal atau menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan makanan yang boleh dimakan.

Langkah pemprosesan asas makanan
1) Menanam tumbuhan/ menternak haiwan
2) Menuai / Menyembelih
3) Membersih, memutih
4) Memotong, mencincang,menghancur
4) Memasak, menambah perisa,

Untuk menyimpan stok makanan dengan lebih lama, makanan diproses dengan lebih lanjut. Proses lanjutan ini boleh dilakukan secara semula jadi untuk simpanan makanan sehingga 6 bulan hingga setahun. Namun bagi makanan yang boleh disimpan sehingga lebih dari setahun hingga 2 tahun, makanan tersebut berkemungkinan besar diproses secara kimia.
6) Mengering
7) Menapai
8) Menjeruk
9) Mengetin
10) Mengawet

MAKANAN PROSES adalah makanan yang telah melalui beberapa langkah pemprosesan di atas. Biasanya makanan ini diproses secara kimia. Makanan proses secara kimia dapat dikenali dari

1) Mempunyai tarikh luput yang sangat panjang
2) Jeruk, makanan dalam tin, makanan segera merupakan contoh utama makanan proses secara kimia.
3) Tepung, beras yang sangat putih kerana melalui proses pembersihan secara bleaching.(Bayangkan tepung itu dibasuh dengan bahan serupa clorox pemutih baju)
4) Makanan segera yang ditambah MSG bukan sahaja untuk menambah perasa, tetapi berfungsi untuk melambatkan proses pembusukan.

Secara umum, kaji langkah PEMPROSESAN MAKANAN makanan yang anda pilih untuk memastikan makanan anda bebas dari bahan kimia.

Secara umum, perkataan MAKANAN PROSES membawa imej yang negatif kerana kebiasaannya makanan ini telah melalui pelbagai langkah pemprosesan secara kimia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge