Perginya sebutir mutiara

tadi kami makan kat restoren tepi husm,,
tengah makan nampak ambulan dan kereta sultan faris petra diescort ke arah pulau melaka,,

saya : ambulan dengan sultan sekali. bawak tokguru balik kot
suami : ye kot

sambung makan dan pegi mydin,,
otw balik lalu depan rumah tokguru,,

9:35 pm
saya : oooo betul la ambulan bawak tok guru satni..tu polis escort ada lagi situ
suami : hmmm
saya : KE TOKGURU DAH NINGGAL BANG?
suami : kalu ninggal mesti ramai org datang, x nampak pun..
(rupanya bahagian org ramai berkumpul tu x nampak dari jalan raya..mmg masa tu dah ramai orang kumpul dekat rumah tokguru)

9:40 pm
sampai rumah(dekat sangat tau rumah kami dgn rumah tokguru ni)
saya terus wasap dgn kawan2 dok bangga sebab bertembung dengan sultan..
(walaupun x nampak muka, nampak kereta pun dah bangga sangat wei)

9:42 pm
suami : kawan cakap tokguru x kabar(nazak)
saya : sahih ke?
suami : sahih, wife kawan doktor yang iring tokguru
saya : ooooo (xleh cakap ape sebab dah sebak)

9:45 pm
ramai dah naik update dekat fb cakap tokguru dah xde..

sedih…

Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 940pm pada malam Jumaat yang agung.

Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H

kiranya tadi kali pertama dan terakhir saya “bertembung” dengan tokguru..
saya takpernah jumpa dia live,
terkilan walaupun jarak rumah kami 5 minit je,,
terkilan sebab saya pernah berangan nak tahnikkan baby dengan dia,,
pastu pujuk hati sendiri dan kawan2
“sekurangnya kita tengah berbual pasal tokguru di saat dia menghembuskan nafas terakhirnya. kita tengah ingat dia masa tu”

Perginya permata tanah melayu dalam memperjuangkan agar tertegaknya hukum Allah di bumi Malaysia..semoga harapan tok guru dapat direalisasikan oleh generasi kita dan yang mendatang
اِنّا لله واِنّا اليه راجعون..

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, AMPUNILAH DIA, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya dengan air, ais dan embun sebagaimana Engkau mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isterinya dengan isteri yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa neraka (Sahih Muslim).

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge