Petua elakkan melecur

Hari tu, ada rakan group kongsi petua untuk elakkan melecur bila terkena benda panas. Petuanya ialah dengan amalkan ayat 69 surah Al-Anbiya. Aku setuju benar dengan petua ini sebab aku sendiri adalah bukti betapa ajaibnya mengamalkan ayat 69 surah Al-Anbiya.

Zaman dok di perantauan dulu, kalau teringin nak makan makanan tanah air, memang kena buat sendiri lah. Era 2005-2010 laman MyResepi memang gelemer gile. Malaysian seluruh pelusuk dunia kot berkumpul dalam tu sharing resepi. Aku, seperti biasa jadi tukang rujuk saja😂

Nak dijadikan cerita, senpaiku kak atie dan kak ida ajak buat kopok lekor. Hasil rujukan dari myresepi, dapat beberapa batang kopok lekor dari ikan saba dan tepung ubi kayu.

Aku tukang goreng kopok. Tengah dok menggoreng, kopok meletop. Kaw kaw punya letupan sampai kopok tu melantun terbang ke siling. Minyak bersepah terpercik ke dinding, siling dan lantai.

Aku si tukang goreng of coz la mangsa utama kejadian. Aku kena percikan minyak yang agak teruk pada pipi sebelah kanan dan atas hidung dan bawah mata.

petua, terkena benda panas, elakkan melecur
Surah Al-Anbiya ayat 69

Ayat 69 surah Al-Anbiya ni aku boleh kata dah sebati dalam hati dan tindakan refleksku. Bukan setakat terkena benda panas, ape2 saja yang buat aku terkejut, dengan spontan aku baca ayat ini.

Kena gigit semut pun aku baca ayat ni haa.

Bila terkena minyak tu, spontan aku baca Qulna yaanaaru kuuni bardan wasalaman ‘ala ibraahim.

Dengan izin Allah, percikan minyak goreng kopok lekor legend itu tidak memudaratkan wajahku langsung.

Hanya tinggalkan kesan merah, pedih dan pijar tanpa lecuran tanpa gelembung. Selepas beberapa hari, kesan merah hilang begitu saja dah wajahku kembali halus mulus seperti biasa. Ehh

Peristiwa ini walaupun tidak meninggalkan parut, tapi memberi kesan mendalam pada aku. Selama beberapa tahun aku fobia nak goreng kopok sehinggalah aku kawen dengan abewang pemakan kopok lekor tegar.

Sampai sekarang aku masih musykil kenapa goreng kopok lekor jepun itu meletop-letop macam meriam. Goreng kopok lekor teganu leklek piss je aman dan tenang.

So, korang boleh amalkan ayat 69 surah Al-Anbiya ni masa terkena api atau minyak panas, dengan izin Allah takkan melecur.

Selain tu aku kongsikan juga langkah pertama yang kita boleh buat jika terkena benda panas yang aku kutip dari website lain.

Langkah segera yang perlu diambil jika terkena benda panas.

1) Apabila terkena benda panas, lalukan anggota yang tercedera di bawah air paip sehingga sakit berkurang.

Langkah ini penting untuk sejukkan haba yang masih ada pada kulit. Secara logiknya, jika haba tak disingkirkan segera, haba tu dok berterusan “memasak” anggota yang kena panas tu. So, sejukkan segera sampai dah betul2 sejuk.

2) Jika tertumpah air panas pada pakaian, buka pakaian tersebut cepat2. Alasannya sama seperti no (1), nak singkirkan haba dari terus memasak daging korang

3) Elakkan petua yang “pelik2”. Petua seperti letak tepung, kicap, ubat gigi mungkin berkesan untuk lecuran kecil. Tapi kalau tahap tertumpah air panas sejug tu, eloklah buat langkah (1), (2) dan terus ke hospital.

4) Bila kawasan terkena panas mula menggelembung sapukan antiseptik atau ubatan yang disediakan oleh doktor.

Jangan cuba pecahkan gelembung tersebut kerana kesannya korang akang rasa lebih sakit dan pedih.

Di samping itu, luka akan lebih senang terdedah kepada jangkitan kuman. Balutkan kawasan luka dengan bandage yang tidak melekat dengan balutan longgar.

5) Jika kawasan terkena panas membengkak, bernanah, berbau busuk, sila kunjungi doktor dengan segera kerana itu mungkin tanda jangkitan kuman.

Kalau terkena benda panas, jangan panik dan ingat tau untuk buat 3 step utama di atas dulu. InsyaAllah boleh elakkan melecur yang teruk. Yang lebih penting, pastikan jaga keselamatan korang dan keluarga dari risiko terkena benda panas.

Yang pernah ada pengalaman terkena benda panas yang tinggalkan parut, boleh cuba hilangkan parut dengan set radiant Shaklee. Rajin amalkan, InsyaAllah parut akan hilang.

~Rasa macam ala2 novel pula bila guna “aku”~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge