Program pintar kreatif tadika

Assalamualaikum.

Ahad minggu lepas berapa hb ye dah lupa, aichan jadi wakil kelas untuk ke program pintar kreatif tadika perpaduan daerah Kota Bharu. Bahasa senangnya pertandingan membaca la hihi.

Actually aichan dah pandai membaca sebelum dia masuk sekolah lagi. So sekarang ni dah agak lancar la jugak baca buku cerita kanak2.

Thanx to ayah yang gigih ajar aichan. Mami memang takde bakat dan kesabaran mengajar budak2 ni. Asek nak henshin jadi mak rimau je huhu.

Nak dijadikan cerita, 2 minggu before contest tu aichan ade bawak balik beberapa set cerita kanak2 yang cikgu bagi. Cikgu suruh berlatih nanti pagi2 kena baca depan kawan2.

Mami pun oooo iyekan saja. Tapi haramlah nak berlatih kat rumah. Asal aichan keluarkan kertas tu, sure aqil rampas dan koyakkan. Kesian kakak tau. Last2 kakak tak prektis pun kat rumah haha.

Hari ahad kebetulan ayah tak kerja so bolehlah beramai2 tengok kakak bertanding membaca.

dah start nervous. Jantung aisya gerak laju tak boleh minum air katanya..hahaha

Pagi tu dengan tak breakfastnya kitorang pegi ke tadika perpaduan tanjung chat. Sampai2 dan serahkan aichan dekat cikgu tadika. Pastu ayah, hana dan aqil keluar balik pegi cari kuih buat alas perut. Mami awal2 lagi dah shake ESP+Oat, so itulah breakfast on the go mami hihi

Bulu mata keras sampai ke malam hahah

Ada 6 kategori contest, baca petikan akhbar BM & BI,cerita teladan BM & BI, sajak BM & BI. Setiap tadika kena pilih 2 kategori.

Tadika aichan pilih kategori cerita teladan BM & cerita teladan BI. Aichan wakil cerita teladan BM, dan lagi sorang kawan dia yang nama Aisha jugak wakil cerita teladan BI.

Bergambar bersama aisha safiyya

Aichan adalah peserta pertama kategori dia masuk tu. Sambil amek video aichan, bergenang ayaq mata mami ni haa. Sebak pulak tengok anak dok atas pentas depan orang ramai.

Rasa macam, wahhh ni lah anak aku yang masa keciknya dulu bertempekkk je dengan mami, taknak dekat orang even dengan tok nenek, mak2 sedara semua dia taknak. Tak pandai berkawan dan life dia hanya ada mami, ayah dan adik je.

Tapi mami tak sempat nak emosi teruk2 sebab hana & aqil dok sibuk suruh bukakan plastik jajan pulak. Hissh la potong stim betul la dua beradik ni.

So keputusan pertandingan aichan dan kawan dia aisha dapat hadiah saguhati je huhu. Takpe kakak tak menang pun, keberanian kakak naik pentas dan habiskan bacaan tu pun cukup membanggakan mami dah.

Semoga kakak dapat pengalaman dan nanti masuk sekolah rendah nanti makin konfiden nak masuk pertandingan lagi.

Waahhh semangat mami (mase sekolah mami sekali je masuk bertanding tau, tu pun masa darjah 6. Mase kecik iols pemalu hihi)

Promosi Vivix Pek Kembar less 5% masih berlansung tau. Klik poster untuk detail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge