Punca keputihan tidak normal – jangkitan vaginal

Punca jangkitan pada vaginal

1. Bacterial vaginosis
Punca yang jelas mengenai bakteria ini masih belum diketahui. Seperti jangkitan kulat, bakteria ini membiak dengan cepat dan merembeskan bahan yang menjadikan pH persekitaran vagina tidak seimbang. Wanita yang mengamalkan seks yang tidak sihat amat berisiko untuk dijangkiti.

Tanda dan simptom jangkitan :-
– cairan keputihan lebih banyak dari biasa
– cairan berwarna kelabu dan berair
– cairan keputihan sedikit berbau

Rawatan :-
– Jangkitan ini bersifat sementara dan hampir separuh dari wanita yang dijangkiti bacteria vaginosis tidak mengalami simptomnya. Jangkitan jenis ini biasanya akan pulih dengan sendiri jika wanita memastikan kebersihan kawasan vagina.
– Metronidazole(flagyl) , sejenjs antibiotik. Diambil secara oral atau sebagai krim sapuan. Metronidazole boleh menyebabkan kemualan dan urine menjadi lebih gelap.

2) Trichomoniasis
Jangkitan disebabkan oleh organisma protozoa yang biasanya disebarkan melalui hubungan seksual. Organisma ini boleh hidup di persekitaran lembap seperti peralatan mandi dan tuala selama 24 jam, membolehkan ia disebarkan kepada orang lain tanpa hubungan seksual.

Tanda dan simptom jangkitan:-
Selain wanita, lelaki juga akan menunjukkan kesan jangkitan seperti
– cairan kuning kehijauan dari kemaluan
– keputihan yang berbau busuk dan hanyir
– radang pada sekitar kemaluan
– kerap membuang air kecil
– kegatalan di sekitar kemaluan

Rawatan :-
– Metronidazole
– Rawatan perlu diberikan kepada kedua-dua lelaki dan wanita kerana organisma ini disebarkan melalui hubungan seksual.

3) Monilia(kulat)
Jangkitan ini adalah yang paling biasa menjangkiti wanita. Terdapat sedikit kumpulan kulat(Candida albicans) pada vagina wanita pada keadaan normal. Namun begitu, apabila berlaku perubahan pH pada kawasan tersebut, ini menyebabkan kulat membiak dengan cepat dan banyak lalu menyebabkan jangkitan pada vagina.

Faktor yang boleh meningkatkan pembiakan kulat :-
– Stress
– Penggunaan pil pencegah kehamilan
– Diabetes
– Kehamilan
– Penggunaan antibiotik

Tanda dan simptom jangkitan :-
– keputihan lebih banyak dari kebiasaan dan berbau busuk
– cairan yang keluar lebih berair dan disertai ketulan seperti susu basi
– radang, kegatalan dan ruam pada sekitar vagina
– pedih dan nyeri ketika membuang air kecil
– kesakitan pada ari-ari dan pinggang(tanda kencing kotor)

Rawatan :-
Pada keadaan normal, kulat tersebut memainkan peranan dalam menjalankan fungsi rahim wanita. Oleh itu rawatan diberikan adalah untuk mengurangkan pembiakan kulat secara besar-besaran dan mengembalikan keseimbangan pH di sekitar vagina.
– Agen antikulat berbentuk tablet atau krim
– Wanita hamil dinasihatkan mendapatkan rawatan dari doktor yang bertauliah jika terkena jangkitan

Dapatkan nasihat ahli perubatan jika anda mengalami simptom jangkitan pada vaginal.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge