RM 41 je?

Setelah 4 hari sakit perut tak reda2 jugak, semalam hari sabtu en suami tak keja, maka berbondong2 lah kami anak beranak ke HUSM. haha kena bawak semua la habistu nak tinggal kat sape kan?

Pukul 11.30 lebih kurang pegi amek nombor dekat jabatan kecemasan, dapat no 2040, masa tu baru no 2031. Sebaik HUSM dekat tengah bandar so happening la jugak nak pegi jalan2 dulu. Sebaik saya pun bukan tahap sakit takleh bergerak, so marilah kita pegi jalan untuk membunuh masa.

Balik ke hospital tengok baru no 2035, azan zuhur pun dah berkumandang, kita gi lepak santai2 dulu dekat surau sebelah bangunan. Senang ehh bangunan baru nih, surau dekat, kafe pun dekat, tapi sebab semalam hari cuti kafe tak bukak. Syukurlah dah bawak bekal makan untuk anak2, makan kuih2 je lah dulu ye.

Habis solat, dalam pukul 2.30 masuk balik ke jab kecemasan tengok dah no 2039,tunggu kejap dia panggil no kite. So, agak tepat la jugak anggaran masa yg die dah tempek dkat dinding tu. Kes red zone dilihat dalam masa 5 min, yellow zone 30 min, dan green zone 2 jam.

Sayani jarang sakit dah takpernah pergi hospital kecuali untuk medical check up nak masuk sekolah dan keje dan beranak hihi.. So semalam pengalaman pertama dicheck sebagai orang sakit. Saya rasa sakit menghiris dekat perut yang datang tiba2 dalam seharian. Lepas makan atau minum mesti rasa kreettt benda dok hiris perut kita hahha..

So semalam kita kena xray chest and abdomen, kena scan, kena urine test. Maju ehh bilik xray husm. Semua robot weh,, pakcik x ray kejenya tekan2 butang je dalam bilik controller. Result dari semua test doctor kata takde ape2 yang abnormal. Takde ketumbuhan or tumor, takde batu, tak pregnant, dalama nampak normal2 aje, Alhamdulillah. Lepas discuss dengan doc senior diorang decide untuk treat sakit itu sebagai gastrik.

Dapatlah ubat gastrik ranitidine nama dia. Untuk semua procedure dan ubat gastrik, kite kena bayar RM 41.. Phewww kalau g swasta ni dgn xray bagai, berapa bill kita agaknye kan hihi.. Cuma, kena tabah la menunggu 2 jam yeh..

Alhamdulillah takde pape yang pelik, mohla kite pulang ke rumah. Sebelum balik kite singgah pasar malam dulu. Semalam semua orang penat, tidur awal.

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge