Salam AidilAdha

Raya haji, aidiladha, raya korban
Konfiden upload di fb, insta bagai, baru perasan typo hahaha

Kami beraya di dungun tahun ni. Since raya pertama jatuh pada hari jumaat, so takde aktiviti sangat dibuat pagi raya. En suami je yang pegi solat raya, kak imm dan anak2 sambung tidur tunggu kat rumah.

After solat raya, pegi ziarah pak sedara en suami. Tokteh kena serangan jantung dan gout. Bengkak dari paha ke hujung kaki dan sangat sakit bila bergerak. Jantung pun lemah sangat. Nak ke toilet pun mengah tak cukup nafas.

Lepas tu pegi beraya kat rumah syafik n farael pulak. Yeaayy sempat jumpa sebelum diorang fly ke nihon next month. Congrats farael dapat sambung phD kat nihon. InsyaAllah ada rezeki kami pegi melawat korang ye.

Bff, posing kurus
Gigih masing2 posing senget nak bagi nampak efek kurus

Dah habis beraya rumah farael, kite balik sambung tidur. Hahhaa memang takde aktiviti langsung. Lembu korban scheduled sembelih hari raya kedua, so raya pertama ni kita lepak2 chill saje.

Petang lepas asar kami ramai2 pegi pantai belakang rumah. Pasir pantai teruk sangat terhakis angin, takde dah istilah pasir putih landai. Sekali tengok macam dinding batu kapur kan huhu.

Tapi budak2 ni kretif aje, tebing tinggi tu diorang buat main sliding pulak. Seronoklah aichan 3 beradik sebab diorang memang suka ngat main slide2 gitu.

romantik,pantai teluk bidara, pantai
Bolehla berpuas hati bila suruh aichan amekkan gambar
Pantai teluk bidara, terengganu, tanjung jara
Wefieee!!

Petang azan maghrib berkumandang masing2 baru ingat nak balik hewhew.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge