Saya pun anak kampung juga

bukan benda pelik tau kalau nampak budak2 kecik bermain di luar tanpa pengawasan kat kampung,
budak sekecik 2,3 tahun, asalkan dah pandai berjalan, ade je mak yang berani lepaskan main sendiri..
saya zaman tadika dulu pun masuk hutan cari biji getah, berkubang selut dalam baruh, semua tanpa pengawasan org tua..
tapi, saya tak pernah masuk rumah orang main dengan sebebasnya tau,,
tak faham pulak dengan budak yang datang bermain dengan aichan ni,,
pagi2 buta pukul 8 dah menggegar pintu rumah kami,,
aichan x bangun lagi so saya suruh dorang balik,,
tiap jam datang memanggil2 aichan hahaha,,
saya dengar je dari dalam, malas la nak bukak pintu,,
bila dah masuk, main semua yang ada sebebasnya,
basikal aichan yg disimpan kat dapur pun ditarik keluar,
(kalau aichan sendiri ambil boleh terima jugak)
amek cawan di dapur dan minum sendiri,,
bukak tin biskut sendiri punggah biskut smpai habis haha,,
saya tutup semua pintu bilik sbb awal2 derang datang main dulu, siap masuk bilik lompat tilam lagi,,
siap pegang remote tv tukar channel sendiri,,
apekah ini?
saya tak kisah dorang nak datang main kat rumah,
tapi sebab masa kecik saya sendiri takut nak masuk rumah orang, dah masuk dok senyap2 main ape kat dpan mata je,,
bila jumpa dengan budak2 lepas laku camni,,
saya pelik , hairan dan geram..
oitt mak korang tak ajar ke cane manner masuk rumah orang?

adik badmood x bagi kakak wefie sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge