Selamat tinggal blogspot :(

Nak dekat setahun jugak saya berenti menulis kat sini, start dari preggy adik aqil, then smpai lah beranak. Entry2 yang keluar spanjang masa tu hanyalah scheduled entries semata2 hihi..

Ingatkan lepas berehat lama, dapat la nak refresh and start balik dengan penuh semangat. Hmmm takdenya semangat2. Langsung takde semangat jadinya haha.

Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berhijrah. Imam Shafie pernah bermadah dalam syairnya

Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.

Panjang lagi syair ni, saya copypaste setakat tu je lah hihi. Macam tu lah saya rasa sekarang. Jalan2kehidupan perlu berhijrah lagi untuk kehidupan yang lebib bermanfaat.

Actually, dalam sejarah Jalan2 Kehidupan ni, dia dah banyak kali berhijrah rumah. Dari fotopages, ke frienster sekejap, dan ke blogspot. Dekat blogspot paling lama.

Saya bercadang nak pindah ke facebook. Instagram saya takpandai guna hahah, so facebook lah satu2nya medium yang saya aktif sekarang. Saya bukan tinggalkan Jalan2 Kehidupan tau, cuma pindahkan ke rumah baru je hehe..

Kawan2 yang rindukan saya nanti (ade ke? hihii) boleh berkunjung ke rumah baru Jalan2 Kehidupan dekat fb saya Cik Puan Imm. Klik gambar pun boleh, saya dah redirectkan ke rumah baru Jalan2 Kehidupan hihi.

Kalau sudi, be friend dekat fb ye. Tak sudi pun takpe (sedihnya ayat hahah), rumah baru Jalan2 Kehidupan tu diset public, so sape2 pun boleh masuk ye.

Akhir kata, thank you very much blogspot for 10 awsome years. Tiba2 rasa sebak 🙁

Anda cari info pasal CMD ke? Klik logo Vitamins’R’Us kat bawah ni ye.

Yang nak tau pasal emas powergold, boleh klik banner Gold’R’Us kat bawah.

Nak tanya ape2, boleh direct whatsapp/sms saya di 017 9191 671 ye. Sedia membantu ☺

0 comments

  1. Sayangnya kakak dah lama tinggalkan fb sebaik anak sulung kakak nak ada peperiksaan UPSR dulu. Tunggulah anak-anak dah tak sibuk dgn alam sekolah baru kakak activekan fb kakak. Lama lagi tau sebab yg bongsu pun baru 13 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge