Self hosting blog

Awal bulan 9 haritu saya ada upah web designer pindahkan blog Jalan2Kehidupan ke self hosting blog.

Self hosting blog ni apekah?

Saya pun tak pasti kahkah. Ikut fahaman rakyat marhaen macam akak ni, hosting ni macam tanah, blog/domain pulak macam rumah.

Blogspot dan wordpress tu hosting iaitu tanah.

Url kite yang blablabla.blogspot.com @ bliblibli.wordpress.com tu pulak domain iaitu rumah.

Guna hosting blogspot.com @ wordpress.com ni ibarat kita dok rumah sewa di atas tanah sewa gitu. Kalau tiba2 tuan tanah nak amek balik tanah dia, dengan rumah2 tu sekali dia amek. Takboleh angkut ke tempat lain dah. Blog kita akan hilang begitu saja.

Faham tak risiko kita berblog guna blogspot.com @ wordpress.com ni?

So, beli self hosting ni ibarat kita beli tanah. Dah ade tanah, kita boleh bina beberapa buah rumah sendiri (domain) kat atas tanah kita tu.

Faham tak akak explain ni (Aku harap aku tak bagi ajaran sesat kat sini hahahha)

Korang nak lagi faham, korang baca kat sini lah. Blogger ni lah web designer yang saya upah untuk pindahkan blog ke self hosting tu hewhew.

Kenapa nak guna self hosting, dah berbelas tahun blogging kat blogspot, tak pernah ade masalah tuan tanah halau pun?

Ingat tak saya pernah cerita Jalan2Kehidupan pernah disuspend suatu masa dahulu?

Tahu tak level kesayangan iols terhadap Jalan2Kehidupan ni? Ibarat anak sulung gitu. Walaupun selalu ditinggalkan bersawang, iols sangat sayangkan blog sesejuk air batu iols ini. Hewhew.

Taknak peristiwa kena suspend camni berulang lagi, maka saya gigih menabung untuk beli tanah ehh hosting.

Hosting yang saya beli adalah dari company web hosting ini. Okei jangan tanya kenapa, semua urusan hosting baru ni saya serahkan kepada web designer tersebut hahha. Acik iz tak paham okei.

Yang aku tau, aku nak guna self hosting. Sila uruskan Gitu kata kau.

Alhamdulillah sebab saya regular customer admin sayablogger.com ni, domain www.cikimm.com ni dulu pun beliau yang uruskan, so kali ni beliau bagi special price lah kepada iols hehe.

Tengkiu en fadlizan (iols pun taktau nama panggilan sebenar dia ape. Akak panggil dia en fadlizan sebab penama akaun maybank yang selalu kami dok berurusan tu Fadlizan. I’m random like that u know!)

Berbalik kepada (wahh skema) hosting, saya beli yang harga RM 100 tu. Pakej untuk beginner yang bukan beginner sangat. Kahkahkah acaner tu? Nak kata beginner tak boleh sebab blogging dah masuk tahun ke sebelas, iols ade 1300 entries dalam www.cikimm.com ni tau. Nak kata advance lagi la takboleh, sebabnya hape pun aku taktau pasal teknikal blogging ni. Acik pandai tulis entry je hoho.

Isi kandungan lain pakej saya taktau sangat, yang saya tau, beli hosting dapat percuma 1 domain.

Domain www.cikimm.com ni dah lama beli, dah masuk 3 tahun kot. So, domain percuma tu saya guna dekat blog vitamin saya, jomfeelgood.com. Sudi2kanlah melawat. Nak beli vitamins Shaklee pun dialu2kan.

Kesimpulannya, di atas tanah hosting saya sekarang ada 2 rumah iaitu Jalan2Kehidupan (www.cikimm.com) dan Jom Kurus, Mulus, Tulus (jomfeelgood.com).

Best ke ade hosting dan domain sendiri?

Berkenaan hosting saya takboleh nak bagi komen sebab baru guna dan masih dalam fasa godek menggodek lagi. Part domain pulak, saya rasa semua blogger tegar faham kot perasaan ada “rumah” sendiri. Bangga weh ade url sendiri minus the blogspot/wordpress tu. Terasa ekslusif gitu.

Korang kalau tiba2 terpengaruh nak ada at least domain sendiri silalah hubungi admin sayablogger.com tu. Bagus beliau ni, ore kelate kata, mudoh bbaso seney kkiro.

I’m proud self hosted blogger now.😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge