[SESI MEMBEBEL]

Saya ada jumpa satu artikel, penulis tu banyak kali ulang ayat soya berbahaya, soya berbahaya, soya berbahaya penyebab alergi, kanser, meningkatkan hormon perempuan jika lelaki makan soya bla bla bla. Dan dipenghujung artikel tu die sarankan makanan yang elok dimakan salah satunya miso.

Adakah dia tau bahawa miso tu adalah fermented SOY PASTE. Soya jugak kan? Dia juga ada menulis sedapnya makan tempe buat sendiri kat rumah. Ehh, tempe bukan dibuat dari kacang soya ke?

Apa yang menyebabkan soya berbahaya?

Yang menjadikan soya berbahaya adalah sebab soya diubah secara genetik(proses bermula dari benih soya) dipanggil GMO. Persilangan genetik dalam soya menjadikan soya menghasilkan toksin baru yang membahayakan kesihatan.

Kenapa miso paste masih dianggap makanan menyihatkan walaupun dibuat dari soya?

Miso paste berasal dari Jepun. Jepun adalah negara yang sangat telus dalam isu pemprosesan makanan. Jepun mengharamkan pertaniaan GMO dan pembuatan makanan dari sumber GMO. Jepun melabel samada makanan tersebut menggunakan bahan GMO atau tidak. Makanan akan dilabel 遺伝子組み換えない bermaksud TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK. Atas faktor ini lah boleh dikatakan miso adalah makanan berasaskan soya yang selamat dan menyihatkan. Sebab diproses dari soya NON GMO.

Benih soya juga dilabel dengan telus samada masih asli atau telah melalui proses Genetic Modification. Benih2 GMO tidak akan digunakan untuk industri makanan tetapi untuk penyelidikan di universiti atau pusat penyelidikan.

Terjun kepada isu tempe. Selamatkah?

Jika kacang soya itu dari BENIH NON-GMO, ditaman sendiri di ladang belakang rumah anda, secara organik lagi baik, dimulakan dengan Bismillah, makanlah dengan yakin.

Jika kacang soya itu dibeli di kedai, diimport dari Amerika atau China, dimulakan dengan Bismillah, makanlah dengan waswas(tak makan lagi baik).

Ada apa dengan soya dari Amerika?

80% pertanian makanan komersial di Amerika adalah pertanian GMO. Amerika memilih untuk tidak melabel sumber makanan mereka. Jadi, macam mana kita nak tahu kacang soya itu soya asli ataupun sudah melalui proses GM? Malangnya kita tak boleh tahu dengan mata kasar. Jadi, sebaiknya elakkan makan soya dari negara tersebut.

Isunya ialah,
1) soya asli tidak bersalah, proses GMO yang menjadikan soya berbahaya.
2) Homemade tempe yang menggunakan kacang soya GMO tetap menjadikan tempe itu masih kurang selamat dimakan.

Mana nak cari soya NON GMO?
1) Tanam sendiri dari benih NON GMO. Benih soya dari Jepun diyakini benih NON GMO. Try la cari di kedai2 menjual benih.
2) Malas nak la bertani semata2 nak minum soya segelas, boleh minum NON GMO SOY protein by shaklee, nama glemer ESP.

okei habis dah bebel.

imm,

0 comments

  1. Dah beribu tahun orang timur makan kacang soya dan nasi sihat je walfiat tak ramai pun obese.
    Yang bahaya sekarang cuma kesan makanan yang ada GMO sebab masih belum dikaji seledik sepenuh effectnya atau yang dah diracun pelbagai selalu nak maintain ayu.
    Banyak propaganda kata makan nasi tak elok untuk diet gemok, baik makan roti katanya.
    Hai roti pun tak semesti selamat kalau bahan tepung yang sudah kena bleach.
    Edamame ni dah sebati dengan orang Asia kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge