sharing is caring

  
Asssalamualaikum dan salam sejahtera. Saya, NURFADHILAH BINTI ABD. WAHAB, pelajar tahun 2 Universiti Malaysia Terengganu. Untuk pengetahuan semua, pada
7 – 11 March 2014, saya akan pergi ke Kemboja untuk menjalankan Misi Kemanusiaan Antarabangsa ke Kemboja kali yg ketiga. Saya dan 26 sukarelawan yang lain berusaha untuk mencari dana bagi menjayakan misi ini. Dengan ini, saya mohon jasa baik kalian untuk memberikan bantuan serta sumbangan dalam bentuk WANG RINGGIT seperti RM 10 utk seorang anak yatim atau RM 25 utk satu keluarga atau RM 600 utk satu pam air. Selain itu, kami juga menerima barang-barang seperti :

1. Makanan ( biskut,dll)
2. Pakaian ( baju kurung, telekung, kain pelekat, kain batik, tudung, pakaian
dalam yang BARU)
3. Ubat-ubatan (Ubat kutu, ubat cacing)
4. Vitamin
5. Toiletries ( Ubat gigi, berus gigi, sabun mandi)
6. Alat-alat tulis, pensil warna, buku
7. Pengepit kuku
8. Selipar

Sanggupkah kita melihat kanak-kanak meninggal disebabkan penyakit diarrhea kerana tiada bekalan air bersih? Kita bersenang-lenang di sini, sedangkan banyak lagi yang memerlukan bantuan kita di sana. Sedikit sumbangan daripada anda mampu mengubah hidup mereka. Menyumbang lah, kerana TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. Saya amat mengharapkan jasa baik anda untuk memberi sumbangan bagi merealisasikan misi ini. Semoga jasa baik anda akan dibalas olehNya.

“..dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik Pemberi rezeki” SABA:39

Sekiranya anda tahu ada pihak yang boleh membantu dan menyokong misi ini, boleh hubungi saya melalui facebook, atau boleh hubungi saya di 017-6490644 atau boleh di emailkan kepada diela_5300@yahoo.com. Sebarang persoalan dan kemuskilan boleh diajukan kepada saya. TERIMA KASIH.
Silakan SHARE~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge