Tanda-tanda keputihan abnormal

Apakah keputihan?

Keputihan atau Fluor Albus merupakan cairan jernih , melekit seperti putih telur yang keluar dari vaginal wanita yang terjadi akibat perubahan hormon wanita. Keputihan terbahagi kepada dua jenis iaitu

Keputihan normal(fisiologi)

  • Keputihan yang biasanya terjadi apabila menjelang kitaran haid, atau beberapa hari selepas haid, ketika puncak kesuburan, selepas melakukan hubungan suami isteri, perubahan emosi, stress, pemakanan, wanita hamil, penggunaan ubatan termasuk perancang kehamilan. 
  • Keputihan normal biasanya jernih, melekit seperti putih telur, berwarna pucat atau kekuningan bila kering pada pakaian. Keputihan normal biasanya tidak berbau.

Keputihan abnormal(patologi)

  • Disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria, virus atau parasit.
  • Tanda-tanda keputihan abnormal :-
  1. Cairan yang keluar menjadi lebih banyak dari kebiasaan.
  2. Keputihan lebih pekat, berwarna kehijauan, dan berbau kurang menyenangkan.
  3. Kegatalan pada sekitar vagina, ruam 
  4. Pedih dan nyeri ketika membuang air kecil.
  5. Terdapat ketulan seperti susu basi keluar bersama cecair keputihan.
  6. Kesakitan pada bahagian ari-ari atau pinggang.
Keputihan abnormal adalah petunjuk bahawa vaginal sedang mengalami jangkitan. Rawatan segera diperlukan kerana jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Klik untuk mengetahui punca keputihan abnormal

Panduan mengatasi dan rawatan jangkitan kuman pada vaginal
  • Mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan minum yang cukup.
  • Memastikan kawasan vaginal sentiasa bersih dan kering.
  • Amalkan penggunaan pantiliner dan menukarnya dengan kerap. Elakkan penggunaan pantiliner yang mengandungi pewangi.
  • Memakai pakaian dalam jenis kapas.
  • Membasuh kawasan kemaluan dengan bersih selepas membuang air.
  • Tidak menggaru kawasan yang gatal agar jangkitan tidak merebak dan menjadi lebih serius.
  • Elakkan membasuh kawasan vaginal dengan sabun yang mempunyai pewangi.
  • Kerap menukar tuala wanita jika jangkitan berlaku ketika kitaran haid.
  • Jumpa doktor atau pakar jika berlaku tanda-tanda jangkitan dan dapatkan rawatan dengan segera.
Klik untuk testimoni mengatasi masalah keputihan dengan ALFALFA by SHAKLEE.
imm,shaklee independent distributor
017 9191 671

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge