Tips menghadapi GST

ehh ni bukan tips hebat dari pakar ekonomi tau..
ni tips saya terfikir logik dan bercadang nak apply dalam family saya..
kalau rasa sesuai dengan kawan2, boleh la sama2 buat.

1) Simpan stok barang keperluan harian.
Barang2 yang memang pasti kita akan guna seperti sabun mandi,basuh,ubat gigi, dan sebagainya.
Nak simpan stok pun kena ada ilmu jugak. Supaya kita tidak membazir.
Cara membeli stok
– Senaraikan barang wajib guna tiap2 hari.
  Pampers,sabun,ubat gigi,vitamin,beras ape lagi ape lagi.
– Lihat expire date. Pilih barangan yang tarikh luputnya masih jauh. Biasanya barangan seperti sabun tu tarikh luput memang lama, dan logiknya kita memang akan guna tiap2 hari, so saya yakin takkan berlaku pembaziran kat sini.

2) Prektis untuk jimatkan perbelanjaan dapur.
Jimatkan perbelanjaan dapur bagi saya, point utama ialah kurangkan pembaziran di dapur. Kadang2 kita g pasar excited tengok sayur itu segar, ini segar, semua nak. Tapi akhirnya, ada yang dok layu dalam peti sejuk. Beli ikut keperluan. Tengok rancangan Jamie Oliver tajuk ape ntah dah lupe haha, cara nak berjimat kat dapur. Best program tu.

3) Repair semua kerosakan paip di rumah..
Hahahaha saikin (sejak akhir2 ini) stress betul saya dengan paip rumah kami ni. Semua macam dah nak merosak. Tak boleh tutup ketat, nak menitik je. Bazir air bazir letrik la bang lagu ni. (ehh tibe2 ade pesanan ringkas untuk suami)

4) Usahakan pendapatan sampingan.
Nak bisnes produk, nak bisnes kemahiran, bisnes makanan, bisnes baju. Apa2 lah bisnes yang kita rasa kita boleh bawak. Alhamdulillah saya dah jumpa apa bisnes yang saya yakin saya boleh bawak. Usaha gigih nak kembangkan dan majukan insyAllah. Kawan2 yang nak berniaga tp masih tak nampak jalan, imm boleh tunjukkan caranya. Jom kita belajar niaga yang kurang risiko, dengan usaha gigih pasti berjaya ☺

Hekhek 4 je tips nya..sape ade buah fikiran lagi moh la kita share.Berdebar la haii nak hadapi GST tahun depan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge