Tips rose sentiasa berbunga

Haritu ade janji nak bagi tips rose sentiasa berbunga, tapi lupe la pulak hahaha. Sementara teringat dan tadi ade amek video cikVelvet tengah galak berpucuk baru, so mehla kite update.

Okei, kalau nak rose berbunga kena buat camni,

Bila bunga terakhir 1 cycle semua dah gugur, prune yakni (hooo klasik gile bahasa kau) pangkas ranting bekas bunga tersebut. Selepas pangkas, bajakan tanah dan siram pokok dengan banyak pagi dan petang.

Biasanya bila kita pangkas, satu ranting akan keluarkan 2,3 pucuk baru. Kalau cukup baja dan cukup siram, semua pucuk baru ade peluang untuk hasilkan bunga.

Kalau siraman air paip, akan ambil masa seminggu lebih untuk mula keluar pucuk. Tapi, kalau dapat siraman air hujan, pucuk memang terus keluar sehari dua je.

أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُنْبِتُوا شَجَرَهَا أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ (٦٠)

Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).

Subhanallah hebat sungguh ciptaan Allah yang nama hujan ni.

Ni dia cikVelvet yang diprune 25/10. Mase tu belum start hujan. Cuak gile nak menunggu dia berpucuk. Awal bulan 11 baru start hujan. Lepas kena hujan terus pucuknya berlumba2 keluar huu lega Alhamdulillah.

Disclaimer :

Teknik prune/pangkas ranting ni proven terhadap rose kampung. Rajin prune nanti korang akan dapat rose yang berbunga indah sepanjang tahun. Happy!

Tapi hati2 dengan pokok rose hybrid aka rose tanah tinggi aka rose cameron. Rose cameron ni dia manja. Jangan prune masa cuaca sangat panas, nanti dia merajuk taknak berpucuk. Lagi tak best dia siap mematikan diri lagi dekat ranting yang diprune tu haha.

Next time kak imm share cara nak keluarkan bunga yang banyak dekat satu ranting macam ni. Meriahh gileee!

Okei tak sabar nak dapat balik rose kampung. Kurang risiko dan senang dijaga berbanding rose bandar@hybrid ni.

Semoga bermanfaat. Heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge