Tragedi Di Hari Raya : Diserang gegata

Malamnya lepas isyak, tragedi bermula. Abewang diserang gegata. Ada orang panggil kelopak garam. Orang teganu panggil bbetak@bbedang. Orang putih panggil hives. Bahasa perubatan pula sebut urticaria. Haaa semua istilah akak bagi.

Takpasti sebab ape, maybe sebab ada allergen dalam pasir pantai kot. Kulit abewang ni memang agak sensitif sikit. Kena gigit nyamuk pun dia punya merah bengkak sampai berkudis.

Gegata tu cepat gile merebak ke seluruh badan. Literally seluruh badan. Dari hujung kaki sampai ke kulit kepala. Huhhh sakan lah menggaru.

Sebelum tidur kite sapu dengan CMD. So Alhamdulillah bolehlah dia tidur tanpa menggaru sangat. Tapi bila bangun pagi esoknya, lepas mandi, gatal2 datang balik. Tapi sebab dah join korban, terpaksalah menabahkan diri pegi tempat sembelih lembu sambil menggaru.

Dah setel bab lembu korban, dah tengahari masuklah mandi bersihkan badan, nak solat zuhur pulak. Lepas mandi gegata makin tebal hahaha (ehh gelak pulak). Baru cik bagitau kalau kelopak garam ni memang takleh kena air, dia akan merebak dan menebal. Ooo gitu pulak hahaha.

Lepas zuhur, dengan penuh harapan yang menggunung, terus bergegas pegi klinik. Sekali semua klinik dekat bandar dungun tutup.Baliklah dengan perasaan hampa sambil menggaru.

Pastu googlelah cara nak hilangkannya Jumpa beberapa blog yang suggest vitamin C. Kalau blog sid pulak diorang suggest SR Vita C dan Nutriferon. Vita C dan Nutriferon ni memang kak imm sentiasa bawa bila travel, standby if anak2 demam ke selsema ke, bagi nutriferon untuk cepat kering selsema tu.

nutriferon,vita c, penawar gegata
Alhamdulillah syukur ada kamu berdua

So, kak imm suruh abewang kunyah 2 biji SR Vita C terus. Normally kita takboleh patahkan, kunyah or kemam SR Vita C ni, sebab bila kita buat macam tu, kita dah pecahkan kebolehan dia untuk dibebaskan beransur dalam masa 5 jam. Tapi since abewang perlu high dose vitamin c segera, dia kunyah je. 1000mg vitamin C dapat terus hoho. Dan telan nutriferon sekali untuk lawan kuman/bakteria yang jadi punca gegata tu.

Selain tu kami google2 jugak tengok petua tradisional hilangkan gegata, jumpalah petua air kunyit. So kite tumbuk kunyit hidup + cmd lumurkan ke badan. Lepas tu abewang tidur. Pukul 5 petang bangun, gatal2 dah kurang sikit.

kunyit, cmd, penawar gegata
tumbuk ibu kunyit, titis 20 drops CMD
kunyit,cmd,penawar gegata
demimu abewang, kuturutkan jua

Malam tu kitorang ade buat bbq. Makan macam2 gegata tu macam nak muncul balik. Terus bagi abewang kunyah 2 biji SR Vita C lagi. Before tidur, lumurkan air kunyit.

Pagi tadi gegata abewang dah hampir hilang. Tinggal sikit2 lagi dekat sisi perut. Sebelum breakfast dah bagi kunyah vita C, harapnya takde keluar gegata baru lagi lepas ni. Setakat tengahari (ketika entry ini ditulis), gegata tu nampak macam dah hilang sepenuhnya Alhamdulillah.

So berdasarkan pengalaman abewang, meh kak imm rumuskan (macam buat karangan hoho) tips menhilangkan gegata @ kelopak garam @ hives @ urticaria @ bbedang.

TIPS MENGHILANGKAN GEGATA

Do
+ Kunyah megadose (1000mg) SR Vita C Plus Shaklee
+ Telan 1 sachet Nuttiferon
+ Lumurkan air kunyit hidup + 20 titik CMD

Don’t
+ Takpayah nak mandi2 sangat. Makin kena air, gegata makin merebak.
+ Kalau terpaksa mandi, jangan bersabun.
+ Elakkan makan benda2 yang disyaki sebagai allergen seperti daging, seafood.

Itulah tragedi di AidilAdha tahun ini. Korang lain kali kalau naik gegata, boleh try megadose Vitamin C tau. So, dinasihatkan korang sentiasa ada stok vitamin C yang bagus dan sentiasa bawak travel. And bonus kalau korang ade nutriferon sekali.

Kalau belum ada, meh order SR Vita C Plus dan Nutriferon dengan kak imm isi dalam bekas 1st aid korang. Klik sini.

4 comments

  1. aduhai, baru baca kt ntry akak ni pun mcm terasa2 gatal gegata tuh…. nsb takde akak sertakan gambar klu tak lagi lah rasa mcm nk menggaru…

    nsb lah dpt jgk di kurangkan n di basmi gegata tuh ye kak, klu tak haru la jgk kan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge