Tuhan balas!

Aku tak pernah set alarm bangun tidur. Selalunya pukul 5 pagi aku terjaga sendiri macam ade orang kejutkan.

So aku akan terus bangun buat tahajjud.

Jumaat malam aku merajuk dengan tok laki. Pagi sabtu tu aku tak kejutkan pun dia solat subuh.

Dan pagi ahad tu Allah terus bagi balasan dekat aku yang nak tunjuk keras kepala sangat kan.

Azan subuh baru aku terjaga. Burn tahajjud aku hari ahad😢

Pagi isnin (pagi tadi la) Allah masih hukum aku. Pukul 6.15 baru jaga. Burn tahajjud dan solat subuh awal waktu sekali😭

Sabda Rasulullah S.W.T.
“Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, nescaya akan dikatakan padanya: “Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana pun yang kau mahu” 
(HR. Ahmad dari Abdurrahman bin Auf R.A dan dinyatakan Hasan oleh Syaikh al-Albany)

Aku rasa aku dah nampak jelas maksud sabda di atas. 

Rajin buat ibadat sunat camana sekalipun kau wanita, tapi kalau kau tak taat suami, Allah akan tarik balik peluang kau buat ibadat sunat. Allah jadikan kau tak lapang. Allah jadikan kau disibukkan dengan hal lain. 

Allahuakbar terima kasih ya Allah kerana bagi aku peluang untuk terus nampak benda ni. Ampunkan dosaku ya Allah.

😭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge