Turn Aqil la pulek

Assalamualaikum.

Sejak kak imm tulis cerita pasal kenan Hana 3 tahun lepas, boleh dikatakan dalam seminggu average 2-3 readers akan baca cerita itu. Rupanya ramai juga parents yang anak2 kecik terkena kenan ni ye.

Dan dalam 3 tahun ni dah ramai juga yang call kite nak tanya pasal Pok Adik tok bomoh kenan. Glemer tok kak Jima kikiki. Tapi sori ye, Pok Adik dah uzur sekarang ni dan dah tak boleh nak merawat dah.

By the way, sejak minggu lepas mami syak Aqil naik kenan jugak. Tengah kepala dia berkudis dan keluar air bisa yang hanyir. (Aqil tidur berbantal lengan mami, so memang terpaksalah hadap kepala hanyir dia malam2.😂)

Camane boleh tau kenan?

Ni belakang telinga dia ade “ibu kenan” besar gilo. Benda ni muncul sekali dengan kemunculan kudis tu.
Kudis kat tengah2 kepala. Kegatalan yang light2 je kot sebab tengok Aqil tak garu beria. Dia gosok2 je.

Nak terangkan secara saintifik mami tak pandai, tapi mami yakin ibu kenan ni bekalkan “baja” kepada kudis tu supaya boleh tumbuh dengan subur.

Berdasarkan pengalaman hana dulu, rawatan moden (ubat and supplement) memang tak jadi. Kenan hana sembuh sepenuhnya lepas amek minyak kapur dari Pok Adik.

Hmm mane lah nak cari bomoh kenan yang serasi ni. Ore kelate yang ade info pasal bomoh kenan, tolong share dengan kite tau. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge