Vitamin B Complex

Vitamin B Complex merujuk kepada kombinasi 8 jenis vitamin B ( B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12) dalam satu tablet. Vitamin B sangat penting untuk membantu menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.

Kenapa perlu mengambil vitamin B complex

Walaupun setiap jenis vitamin B mempunyai manfaat tersendiri, kebanyakkan vitamin-vitamin ini memerlukan kehadiran antara satu sama lain untuk berfungsi. Jadi syarikat produk kesihatan yang menghasilkan vitamin B lebih cenderung untuk membuat rumusan kombinasi vitamin B, lalu terhasillah vitamin B complex.

Kandungan vitamin B complex

1) B1 (Thiamine)

  • Membantu badan membina sel baru yang sihat dan berkualiti.
  • Membantu mengurangkan stress.
  • Membantu melindungi sistem imun badan.
  • Membantu memutuskan ikatan karbohidrat dan menjana tenaga daripadanya. 

Sumber: Bijirin penuh, kacang tanah, bayam, kale, molasses, gandum

2) B2 (Riboflavin)

  • Bertindak sebagai antioksida untuk melawan radikal bebas.
  • Membantu melambatkan penuaan. 
  • Menghalang risiko penyakit jantung.
  • Penting untuk sistem pembentukan sel darah merah.

Sumber : Almond, susu, yogurt, telur, bayam, soya

3) B3 (Niacin)

  • Membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL cholesterol.
  • Merawat masalah jerawat

Sumber : Yis, daging merah, susu, telur, kekacang, sayuran hijau.

4) B5 (Pantothenic Acid)

  • Membantu memutuskan karbohidrat dan lemak untuk penjanaan tenaga.
  • Menstabilkan hormon yang berkaitan dengan stress seperti oxytocin dan testosterone.
  • Menyihatkan kulit, mengurangkan tanda penuaan kulit seperti kemerahan dan warna yang tidak sekata.

Sumber : Avocado, yogurt, telur, daging, legum

5) B6 (Pyridoxine)

  • Berfungsi dengan sempurna dengan kehadiran B12 dan B6.
  • Mengawal tahap asid amino homocysteine yang berkaitan dengan sakit jantung.
  • Membantu badan membina serotonin, melatonin, dan norepinephrine , hormon yang mengawal mood dan cara tidur.

Sumber : Ayam, turkey, tuna, salmon, biji bunga matahari, keju, beras perang, lobak merah.

6) B7 (Biotin)

  • Digelar vitamin kecantikan kerana membantu membina rambut, kulit, dan kuku yang sihat sempurna.
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit diabetis.
  • Penting untuk perkembangan normal bayi di dalam kandungan.

Sumber : Barli, hati, yis, ayam, ikan, kentang, bunga kubis, telur kuning dan kekacang.

7) B9 (Folate)

  • Lebih dikenali sebagai asid folic yang sangat penting untuk perkembangan bayi dan mencegah kecacatan saraf bayi di dalam kandungan.
  • Membantu mencegah kemurungan.
  • Mencegah penyakit nyanyuk

Sumber : Sayuran hijau, asparagus, beet, salmon, sayuran berubi, susu, gandum bulgur, kacang.

8) B12 (Cobalamin)

  • Berfungsi sempurna dengan kehadiran vitamin B9.
  • Membina sel darah merah.
  • Membantu zat besi membina hemoglobin.

Sumber : Ikan, hidupan bercengkerang, produk susu, telur, daging lembu

sumber : dailyburn.com

B-Complex with Folic Acid by Shaklee

Vitamin B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
  • Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Harga runcit : RM 53.75
Kandungan : 120 biji
Aturan : 1 biji 2 kali sehari

Hubungi imm untuk mendapatkan konsultasi cara pengambilan supplemenymt shaklee yang lain ye..
017 9191 671

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge